MyGift - An Everlasting Gift

Peserta Latihan Kemahiran Empower ECER Iftar bersama warga UMP

Hampir 100 orang peserta latihan Empower ECER hadir dalam Majlis Iftar yang dianjurkan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bertempat di Kompleks Perkhidmatan Siswa UMP Kampus Pekan pada 7 Julai 2015 yang lalu.

Majlis diserikan dengan kehadiran, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd Yunus. Hadir sama Pengurus Besar ECERDC Negeri Pahang, Mazlan Sharudin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar, Roslan Haji Ali.

Program diadakan bertujuan untuk meraikan peserta dan berbuka puasa bersama peserta Empower Mahkota.

Selain itu juga, menerusi program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Sehingga kini, Empower ECER di negeri Pahang telah mempunyai seramai 20,699 peserta latihan akademik dan 6,835 peserta latihan kemahiran keusahawanan yang telah dan sedang mengikuti program di bawah empower ECER yang dijalankan pihak UMP Advanced Education bersama Persatuan Matahari.