MyGift - An Everlasting Gift

Tentang MyGift

 

MyGift UMP

MyGift UMP adalah merupakan satu usaha mengumpul sumbangan daripada mana-mana pihak untuk digunakan bagi tujuan tajaan pelajaran dan peningkatan mutu pelajaran yang sedia ada di UMP demi masa depan para pelajar yang lebih cemerlang. Dengan adanya MyGift UMP ini ia dapat memberi input yang positif demi masa depan UMP dalam memberi kemudahan prasarana kepada pelajar.


UMP mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk warga UMP, pelajar, alumni dan individu serta badan-badan korporat sama ada di dalam mahu pun luar negara dalam menyokong pembudayaan menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di UMP ini.


Antara objektif endowmen UMP ialah:

  • - Penajaan biasiswa untuk pelajar dan hadiah kecemerlangan;
  • - Penajaan program-program universiti;
  • - Penajaan untuk membaik pulih serta meningkatkan prasarana universiti;
  • - Penajaan untuk Kursi Profesor; dan
  • - Penajaan untuk program berimpak tinggi dalam memupuk budaya ilmu di UMP.