MyGift - An Everlasting Gift

Jenis Endowmen

 

Jenis-jenis Endowmen


Bagi memudahkan penyaluran sumbangan untuk endowmen UMP ini, pihak kami telah menyediakan tabung MyGift UMP yang akan digunakan bagi tujuan berikut:


1) Endowmen Kursi
• Dana atau derma dari pertubuhan atau yayasan sukarela untuk penubuhan Kursi Kecemerlangan di universiti seperti Kursi Kepimpinan Wanita untuk menjalankan aktiviti seperti wacana ilmiah, akademik, penyelidikan, penerbitan dan perkongsian ilmu serta pembinaan kapasiti.

• Universiti yang memiliki banyak dana boleh mengadakan pelbagai aktiviti di seluruh dunia seperti penyelidikan, membayar gaji profesor ternama dan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang sehingga menjadikannya terkenal dan maju.

2) Endowmen Biasiswa Pelajar
• Tabung ini diwujudkan bagi membantu para mahsiswa yang menghadapi masalah kewangan untuk menamatkan pengajian di peringkat universiti. Di samping itu juga, dana ini turut dapat menyokong para pelajar yang cemerlangan dalam pelajaran untuk menyambung pelajaran yang lebih tinggi di UMP serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti program-program keilmuan di luar negara yang memerlukan kos yang tinggi.

3) Endowmen Makmal/Kemudahan
• Tabung endowmen ini diwujudkan bagi mengumpul dana daripada pihak industri yang berminat untuk menaja makmal atau aktiviti yang berkaitan di makmal-makmal tertentu.
• Syarikat-syarikat korporat yang berminat boleh memilih untuk menaja mana-mana makmal yang disenaraikan untuk ditaja bagi memacu penyelidikan di UMP. Makmal yang ditaja akan dinamakan dengan nama individu atau syarikat korporat yang terlibat bagi menghargai peranan dan sumbangannya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diberikan.

4) Tabung Ramadan
• Dijalankan dalam bulan Ramadan untuk mengumpul dana sumbangan daripada seluruh warga universiti meliputi staf, mahasiswa, alumni, individu dan syarikat korporat bagi meningkatkan dana Tabung Endowmen ini. Tabung ini digunakan bagi menaja aktiviti berbuka puasa kepada pelajar-pelajar UMP yang kurang berkemampuan.

5) Tabung Masjid
• Pelbagai sumbangan dalam bentuk wang ringgit ataupun peralatan bagi membantu pelbagai aktiviti dan pembangunan Masjid UMP serta lain-lain masjid yang memerlukan. Penderma mempunyai pilihan untuk menyumbang ke dalam tabung Masjid UMP secara terus atau secara atas talian.

6) Tabung Bencana
• Tabung ini bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa yang menghadapi bencana seperti bencana banjir, kebakaran atau kemusnahan harta benda disebabkan malapetaka. Bantuan ini diharap dapat meringankan bebanan mereka sama ada dalam bentuk wang ringgit mahu pun barangan.

7) Tabung Wakaf
• Program wakaf ini ditujukan kepada individu atau syarikat korporat yang sudi menyumbangkan peralatan, kemudahan, kenderaan dan tunai bagi tujuan wakaf.

8) Tabung Komuniti
Program pemindahan ilmu turut menjadi tumpuan UMP. Selain menumpukan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pengkomersialan dan keusahawanan, UMP turut memainkan peranan untuk memasyarakatkan universiti. Pelbagai program yang direka khusus untuk merapatkan jurang di antara masyarakat dan komuniti universiti. Ianya juga untuk menyokong program-program yang melibatkan universiti, komuniti dan industri.

9) Tabung Sumbangan Tidak Patuh Syariah
• Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam 1971

Di negara kita Malaysia, ketetapan berkenaan penyaluran wang-wang haram telah diputuskan sejak dahulu lagi iaitu melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 pada 21 Jun 1971 yang telah memutuskan:

i. Faedah yang diperoleh daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini.

ii. Faedah yang diperoleh daripada wang simpanan seseorang Muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.

• Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam 2009

Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperoleh dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

i. Diserahkan kepada baitulmal untuk maslahah maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
ii. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
iii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal".