MyGift - An Everlasting Gift

KRONOLOGI INISIATIF MYGIFT

2013               

Bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia terutamanya di Pantai Timur bukan sahaja memusnahkan penempatan penduduk malahan turut menjejaskan sekolah dan kemudahan awam yang lain.

Justeruseramai 8,676 orang sukarelawan Universiti Awam (UA) terlibat dalam operasi bantuan yang diselaraskan melalui Bilik Kawalan Operasi Bencana (BKOB) UMP. Melalui Jawatankuasa Bertindak Bencana Peringkat Universiti ini juga UMP melancarkan beberapa program sebagai usaha menyalurkan bantuan kepada  mangsa banjir negeri Pahang dan Pantai Timur antaranya program 1 Staf 1 Bantal yang dijalankan pihak Persatuan Wanita UMP (Matahari), 1 Makmum 1 Sejadah dan Dana Wakaf Rumah Kontena yang dijalankan UMP dengan kerjasama UMP Innovest Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat UMP Holdings Sdn. Bhd.

Sebanyak RM 58,185.35 sumbangan wang tunai, 100 tan sumbangan makanan dan sumbangan UMP berjumlah RM 10,000 kepada Tabung Bantuan Banjir disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.

2014

Perkongsian Pintar antara universiti dalam Seminar World University Forum di Georgio, Savannah yang telah dihadiri oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim mencetuskan idea penubuhan endowmen sebagai saluran sumbangan endowmen universiti untuk tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat membantu golongan yang memerlukan.

11 Mac 2015

Penubuhan Jawatankuasa Sementara Endowmen dalam melakar dan menghasilkan inisiatif endowmen dan penamaan MyGift sebagai jenama.

10 Mei 2015

Lawatan Penanda Aras di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

8 Jun 2015

Lawatan Penanda aras di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

22 Jun 2015 

Pelancaran Portal MyGift UMP.

14 - 16 Ogos 2015

Bengkel MyGift ‘Polisi, Promosi, Strategi’ di Royale Chulan Hotel yang dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti, Dekan dan Pengarah.

29 September 2015

Penyerahan Inisiatif MyGift kepada Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), UMP.

17 Oktober 2015

Pra-Pelancaran MyGift sempena Expoconvo UMP 2015 oleh ahli Lembaga Pengarah UMP, Yang Hormat Dato’ Haji Ahmad Azmey Haji Abu Talib di UMP Kampus Gambang.

10 Mei 2016  

Lantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MyGift.

17 Mei 2016

Sumbangan MyGift sempena bulan Ramadan berjumlah

RM 91,000.00 bagi aktiviti Iftar dan sahur kepada warga UMP.

1 Jun 2016

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MyGift kali pertama di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.

20 Julai 2016

Majlis Apresiasi Autonomi dan MyGift di Ancasa Royale Hotel, Pekan, Pahang. Sumbangan daripada Pusat Tanggungjawab di UMP sebanyak RM 1,807,727.09 dimasukkan ke dalam Endowmen Biasiswa Pelajar.

25 Ogos 2016

Majlis Ramah Mesra UMP-Industri di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh 50 industri di Malaysia.

28 Ogos 2016

Penyerahan bantuan Insentif Pendidikan RM1,000 kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan sempena kemasukan pelajar baharu sesi 2016/2017.

3 September 2016

Kejohanan Golf Amal MyGift UMP 2016 di Glenmarie Golf & Country Club, Selangor yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang.

17 September 2016

Kejohanan Golf Amal MyGift UMP 2016 di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan, Pahang yang disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

1 Oktober 2016

Majlis Pelancaran MyGift oleh KDYMM Sultan Pahang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan pengurniaan biasiswa kepada 10 orang mahasiswa UMP.

 Dikemaskini pada 15 September 2016