MyGift - An Everlasting Gift

Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd serah RM 50,001.00 kepada UMP

Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan endowmen bernilai RM 50,001.00 kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk disalurkan ke Endowmen Biasiswa Pelajar.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Presiden Jaya Zira, Dato' Haji Adi Munawar Hj Md Din kepada Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Pemangku Pendaftar UMP, Encik Abd Rahman Hj Safie.

Program My Gift merupakan satu usaha UMP bagi mengumpul sumbangan dari mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan endowmen atas tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat membantu golongan yang memerlukan.