MyGift - An Everlasting Gift

UMP perkenal program MyGift sebagai saluran sumbangan endowmen universiti

Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan program MyGift pada 22 Jun 2015 sebagai satu usaha mengumpul sumbangan endowmen daripada mana-mana pihak bagi tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar di sampingmembudayakan semangat membantu bagi golongan yang memerlukan.

Program ini diperkenalkan sebagai kemudahan kepada warga kampus dan alumni serta pihak luar terutamanya daripada industri mahupun syarikat untuk sama-sama menyumbang kepada tabung endowmen.

Sembilan jenis endowmen atau tabungan yang dilaksanakan adalah endowmen Kursi, Biasiswa Pelajar, Makmal, Tabung Ramadan, Tabung Masjid, Tabung Bencana, Wakaf, Komuniti dan Tabung Tidak Patuh Syariah.

Sempena menjelangnya bulan Ramadan ini juga, seluruh warga universiti meliputi staf, mahasiswa, alumni, individu dan syarikat korporat yang berhasrat untuk menyumbang kepada Tabung Ramadan adalah digalakkan untuk mengumpul dana sumbangan bagi menaja aktiviti berbuka puasa kepada pelajar-pelajar UMP yang kurang berkemampuan.

UMP mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak sama ada dari dalam mahu pun luar negara dalam menyokong pembudayaan menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di UMP ini.