MyGift - An Everlasting Gift

UMP terima 70 Ribu sumbangan Zakat Etiqa bantu pelajar susah

Dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Etiqa Takaful Berhad menyumbang sebanyak 70 ribu kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai usaha membantu meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan sewaktu dalam pengajian di universiti.

Serahan replika cek sumbangan disampaikan Timbalan Presiden, Ketua Cawangan Pantai Timur, Etiqa Insurans dan Takaful, Tengku Saiffudin Tengku Zainal Abidin kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin dalam Majlis Penyerahan Zakat Pelajar UMP dan Berbuka Puasa anjuran Etiqa Takaful Berhad Cawangan Kuantan di Kuantan pada 18 Julai 2013 yang lalu.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha agensi dalam menunaikan tanggungjawab membantu pelajar miskin yang sedang melanjutkan pengajian untuk meneruskan pengajian di UMP.

Pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti layak akan menerima sumbangan bukan sahaja dalam bentuk wang tunai, malah bantuan turut meliputi yuran pengajian, buku, komputer, peralatan kesihatan juga perubatan mengikut keperluan pelajar.