MyGift - An Everlasting Gift

Wakaf Kolej Kediaman

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.


KOLEJ KEDIAMAN MUIP – UMP

Kolej Kediaman MUIP – UMP adalah satu penempatan atau kediaman yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada Mahasiswa dalam kalangan anak yatim atau Asnaf. Ia akan dibangunan diatas sebidang tanah seluas 2.0 ekar di Universiti Malaysia Pahang, Kuala Pahang , Pekan dengan kos pembinaan berjumlah RM5 juta.

Kolej Kediaman ini diinisiatifkan oleh pengurusan universiti dan telah diluluskan permohonan wakaf oleh Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada September 2016. UMP dan MUIP mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan terdapat pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta kos sewa rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun yang perlu ditanggung oleh pelajar.

Kolej Kediaman ini dijadualkan pembinaan pada 2017 dan dijangka siap pada 2018 yang akan memberi manfaat kepada 220 orang mahasiswa dari golongan anak yatim dan asnaf.

CARTAKonsep Kolej Kediaman

Konsep


  Wakaf Melalui UMP

  Wakaf Melalui MUIP