MyGift - An Everlasting Gift

Bagaimana MyGift UMP Diuruskan?

UMP bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai cadangan aktiviti, faedah penajaan dan hala tuju penajaan bersesuaian dengan kehendak dan hala tuju strategik organisasi. UMP menyediakan pelbagai mekanisme bagi memudahkan pihak Industri yang dermawan untuk membuat penajaan sumbangan kepada universiti ini. UMP juga boleh mewujudkan satu Dana Endowmen Khas atas nama yang dipersetujui oleh pihak industri. Pada prinsipnya, nilai prinsipal sumbangan/ penajaan akan dikekalkan dan dikembangkan. Perbelanjaan dari Dana Endowmen ini adalah berasaskan hasil pulangan dari pengurusan kewangan dana seperti pelaburan dan pasaran wang.

Sesuatu Dana Endowmen ini turut boleh mewujudkan sebuah Kursi Kecemerlangan yang khusus dengan nilai minima dana yang disyorkan mengikut kepada perbincangan kedua pihak. Pulangan atas nilai ini akan menentukan bilangan orang penyandang Kursi, tempoh khidmat para penyandang serta program-program akademik yang dapat diusahakan. Perbelanjaan dari Dana Endowmen ini adalah berasaskan hasil pulangan dari pengurusan kewangan dana seperti pelaburan dan pasaran wang.

Pengurusan kewangan endowmen adalah diuruskan oleh pejabat Bendahari Universiti dengan menguatkuasakan semua peruntukan dan peraturan kewangan universiti. Pengurusan Universiti mewujudkan Lembaga Pemegang Amanah Dana Endowmen UMP selaku badan pengawal induk untuk pentadbir dana ini .

Walau bagaimanapun, bagi setiap Dana Endowmen Khas, satu Jawatankuasa Akaun Amanah (JAA) akan ditubuhkan. Sekiranya aktiviti dana tersebut tidak lagi aktif bagi jangka masa melebihi tiga tahun atau tujuan dan maksud penubuhannya sudah tercapai dan selesai, Pengurusan universiti mempunyai kuasa untuk menutup Akaun Dana tersebut dan memindahkan bakinya ke Dana Wakaf UMP bagi memelihara kemurniaan prinsip Wakaf.

Pelepasan Cukai
Individu yang menyumbang kepada Dana Endowmen boleh mendapat resit pelepasan cukai yang diktiraf sebagai belanja yang dibenarkan dalam penaksiran cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pelbagai Kaedah Menyumbang
1. Tunai – Sumbangan sekali pada jumlah yang diniatkan.
2. Tunai – Sumbangan secara berkala sehingga mencapai jumlah yang diniatkan.
3. Tunai – Sumbangan secara berkala mengikut tempoh dan jumlah yang dipersetujui.

Penderma juga boleh membuat sumbangan berbentuk cek di atas nama "BENDAHARI UMP" dan menghantarnya ke alamat tertera dengan menyediakan maklumat diri bagi membolehkan pihak kami berhubung.