MyGift - An Everlasting Gift

Kolaborasi bersama industri untuk perkenal MyGift

Seramai 60 pengamal industri dari seluruh Malaysia menyertai Program Ramah Mesra Bersama Industri yang mampu mengeratkan hubungan kerjasama di antara universiti dengan industri di samping meninjau prospek kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan yang berpotensi untuk dimanfaatkan bersama.

Dalam majlis ini, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkongsi maklumat dalam pembentangan bertemakan 'Memasyarakatkan Teknologi’ dan menyampaikan perkembangan dan hala tuju universiti serta inisiatif UMP dalam memperkenalkan inisatif MyGift sebagai dana universiti.

UMP pernah mengadakan Program CEO@Faculty Programme yang dijalankan UMP turut berpeluang berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dunia korporat bersama warga universiti bagi membentuk serta membimbing dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan serta pembangunan sahsiah secara holistik. Pada masa ini seramai tiga orang dilantik Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir. Azman Mohd, Pengarah Urusan Operasi Pulau Pinang Motorola Solutions, Dr. Hari Narayanan dan Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainor Mohd. Nor.

Dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan tinggi negara dan pada masa yang sama keperluan terhadap universiti berdikari, UMP mengadakan beberapa inisiatif lain dalam mendapatkan pendapatan bagi pembiayaan termasuk endowmen,tabung dan program pengkomersilan dengan memperkenalkan Program MyGift UMP yang merupakan saluran sumbangan endowmen universiti bagi tujuan tajaan biasiswa, kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat sukarelawan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd. Taib, Penaung Dewan Perniagaan Muslim Malaysia, Datuk Syed Omar Al Sagaff, Ketua Pegawai Eksekutif Widad Business Group, Dato’ Mohd. Rizal Mohd. Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas ICT Sdn Bhd, Izwan Hasli Ibrahim.