MyGift - An Everlasting Gift

Biasiswa Universiti Malaysia Pahang 2016/2017

SYARAT DAN KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SESI 2016/2017

1.Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 di Universiti Malaysia Pahang.

2.Terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang

3.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian ke UMP (bagi kemasukan Semester 1 sesi 2016/2017
  • Pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM 2,000 sebulan.
  • Pelajar yang aktif di dalam Ko - Kokurikulum

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

  • Pemohon yang telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2016/2017 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
    Jadual Syarat 02

4.CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana – mana badan penaja lain.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

5.CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di dalam kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di kampus Pekan dan Gambang atau melalui portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni http://jhepa.ump.edu.my
  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
  • Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang di talian 09-5492545 atau 09-4245700 dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).

6.TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada  05 September 2016 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

7.KEPUTUSAN PERMOHONAN

  • Hanya pemohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.


Muat Turun Syarat Kelayakanpdf icon
Muat Turun Borang Permohonan pdf icon