MyGift - An Everlasting Gift

Program Kongsi Rezeki: Cheap Lunch Take Away

Universiti Malaysia Pahang Melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) melaksanakan Program Kongsi Rezeki: Cheap Lunch Take Away sebagai salah satu usaha membantu pelajar mendapatkan bantuan makanan yang diagihkan dengan kadar RM1 sahaja.

Program ini dianjurkan pada musim peperiksaan setiap semester dengan kerjasama cafeteria university dengan menyediakan sebanyak 400 pek makanan untuk diagihkan kepada para pelajar UMP di kedua-dua kampus (Gambang & Pekan), khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan yang kritikal diwaktu penghujung semester.

Untuk maklumat lanjut atau ingin menyumbang melalui Projek Kongsi Rezeki ini, boleh berhubung dengan Puan Paridah Binti Mohd Ali di talian 019-915 3440 atau 09-424 5706.