MyGift - An Everlasting Gift

Mahasiswa UMP berkayuh serah sumbangan 44 basikal

Program dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMP dengan kerjasama pihak 1 Malaysia for Youth (iM4U) serta Jabatan Kebajikan & Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA). Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UMP (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) , Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi itu bermula dengan pelepasan pasukan pelajar berbasikal bermula dari Dataran UMP Gambang menuju ke kampung tersebut. Program diteruskan dengan penyampaian 44 buah basikal kepada anak-anak orang asli di kampung berkenaan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Let’s Get Together ini teutamanya Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),  iM4U dan  pihak JAKOA Daerah Kuantan.


Katanya, menerusi program ini bukan sahaja dapat merapatkan warga UMP dengan semua pihak malah ianya sejajar dengan dengan hasrat UMP untuk membawa teknologi kepada masyarakat.

”UMP menyerahkan 44 unit basikal kepada anak- anak di kampung ini agar mereka  lebih bersemangat untuk belajar bersunguh-sungguh dan mencapai kejayaan seperti mahasiswa yang telah menjadi sukarelawan pada hari ini. Sukarelawan ini juga turut mengadakan aktiviti seperti mengecat, membuat mural di surau, pejabat RELA dan Tabika,” katanya.

Turut diadakan program motivasi bersama pelajar sekolah, membangunkan mini perpustakaan yang menempatkan pelbagai buku seperti buku-buku pelajaran dan buku kanak-kanak serta menanam pokok buah-buahan di persekitaran Masjid Kampung Batu 14 ini.

Bagi pengarah program Nur Ayuni Hasna Said, 21, beliau amat gembira apabila mendapat kerjasama sukarelawan UMP dan sokongan dari universiti serta pihak iM4U yang amat menggalakkan. Menerusi program ini, mereka bukan sekadar turun padang untuk melaksanakan khidmat komuniti malah dapat berkongsi maklumat serta memupuk semangat kesukarelawanan dalamkalangan pelajar.

Selain itu, program ini juga dapat mendekatkan mahasiswa kepada kehidupan sebenar masyarakat dan akan membantu dalam menghadapi realiti kehidupan masyarakat sebenar. Ujarnya, basikal yang diserahkan kepada pelajar ini merupakan basikal-basikal mahasiswa yang telah tamat pengajian mereka. Dengan sumbangan ini diharapkan dapat memanfaatkan pelajar yang memerlukan di kampung ini.

Manakala Tok Batin Perkampungan Orang Asli Batu 14, Johari Kinmun, 46, turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatianan warga UMP  dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Beliau mengharapkan aktiviti ini akan memberikan kegembiraan kepada semua masyarakat di kampung apatah lagi menyokong usaha UMP untuk sama-sama membantu meningkatkan pencapaian akademik anak –anak mereka. Hadir sama pegawai JAKOA, Azizah Abdul Majid dan pegawai IM4U merangkap Pengarah program IM4U, Afiq Akmal Rashid.

Turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatianan warga UMP  dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Beliau mengharapkan aktiviti ini akan memberikan kegembiraan kepada semua masyarakat di kampung apatah lagi menyokong usaha UMP untuk sama-sama membantu meningkatkan pencapaian akademik anak –anak mereka. Hadir sama pegawai JAKOA, Azizah Abdul Majid dan pegawai IM4U merangkap Pengarah program IM4U, Afiq Akmal Rashid.