MyGift - An Everlasting Gift

UMP sumbangan kelengkapan sekolah anak-anak yatim dan asnaf

 

 

Seramai 80 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan keluarga asnaf dan anak yatim sekitar Kuantan dan Pekan menerima pakaian dan kelengkapan sekolah baharu dalam program Kembali ke Sekolah baru-baru ini.

Program dianjurkan UMP advanced Education (UMP Advanced) dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan Persatuan Graduan Alumni UMP sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga.

Hadir sama dalam program, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin. Menurut beliau program ini merupakan salah satu inisiatif MyGift UMP sebagai membantu pelajar UMP dan masyarakat setempat bagi meringankan beban keluarga untuk sesi persekolahan.