MyGift - An Everlasting Gift

Kejohanan Golf Amal UMP untuk kumpul dana MyGift

Kelab Golf Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal UMP di dua lokasi iaitu pada 3 September 2016 ini bertempat di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam Selangor dan 17 September ini di Mahkota Golf & Country Club Kuantan Pahang bagi mengumpul dana biasiswa kepada pelajar miskin yang kurang berkemampuan dan mereka yang memerlukan.

Kejohanan Golf Amal ini adalah inisitif MyGift UMP bagi menjana biasiswa kepada pelajar miskin yang mendapatkan keputusan cemerlang untuk meneruskan pengajian di universiti ini. Program MyGift ini diperkenalkan sebagai kemudahan kepada masyarakat, warga kampus dan alumni serta pihak luar terutamanya daripada industri mahupun syarikat untuk sama-sama menyertai universiti dalam menyokong budaya menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di universiti.

Setiap penyertaan dikenakan yuran iatu RM3000 seorang dan 1 flight pula RM 10,000. Bayaran ini termasuk penggunaan padang, kereta buggy dan insuran. Selain menerima cenderahari dan hadiah, peserta disediakan sarapan pagi dan makan tengah hari pada hari kejohanan. Kejohanan ini disertai oleh badan-badan korporat yang menyumbang ke dalam tabung MyGift melalui kutipan yuran dan sumbangan oleh syarikat atau dari pihak individu.

Antara hadiah yang disediakan bagi Hole-in-one berupa sebuah kereta jenis Proton, 15 hadiah utama berupa barangan elektrik dan 25 hadiah sampingan berupa barangan golf. Kedua-dua kejohanan ini mensasarkan sebanyak 400 ribu ringgit bagi dana tabungan My Gift untuk biasiswa pelajar.