MyGift - An Everlasting Gift

Kempen RM2 untuk Tabung Ihya Ramadan

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Tabung Ihya Ramadan bersempena menyambut bulan Ramadan pada 17 Mei 2016 yang lalu.

Dalam mengajak masyarakat kampus membudayakan amalan menderma,Kempen RM2 untuk Tabung Ihya Ramadan dilancarkan hasil sumbangan dan tajaan daripada seluruh warga kampus.

Walaupun sedikit amat bermakna buat pelajar dan insan yang memerlukan bantuan pada bulan yang mulia ini Warga universiti boleh menghulurkan sumbangan melalui Tabung Ihya Ramadan melalui potongan gaji, kutipan melalui jabatan ataupun tabung di masjid bagi aktiviti sempena bulan Ramadan yang khusus bagi penajaan aktiviti berbuka puasa kepada pelajar UMP yang kurang berkemampuan juga membantu insan lain yang memerlukan.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menyampaikan sumbangan MyGift sebanyak RM90,000.00 kepada pihak PIMPIN sebagai penyediaan jamuan makan sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Pada masa yang sama juga, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) telahpun menyusun pelbagai program dan aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini dengan penganjuran Festival Ramadan, aktiviti Sahur, Iftar Jamaie dan Moreh yang menjadi amalan universiti.

Selain itu bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini turut diadakan Kayuhan Mesra Rakyat, Bubur Lambuk bersama Komuniti Kuala Pahang, Anda Tanya Ustaz Jawab: “Ramadan? Wow!” dan program kemanusiaan seperti Jejak Asnaf dan Singgah Sahur @SOGO.

UMP mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk warga UMP, pelajar, alumni dan individu serta badan-badan korporat sama ada di dalam mahu pun luar negara dalam menyokong pembudayaan menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di UMP ini dengan melayari laman web UMP http://www.ump.edu.my.