MyGift - An Everlasting Gift

UMP Terima MyVi 1.3L Bagi Pertandingan Modifikasi Enjin

 

Universiti Malaysia Pahang (UMP) antara 12 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menerima sebuah kereta Perodua Myvi 1.3L dari syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dalam satu majlis penyerahan yang diadakan pada 30 Mac 2009 yang lalu bertempat di Rawang, Selangor.

Kereta Myvi 1.3L yang belum didaftarkan ini bernilai lebih kurang RM40,000 diterima bagi menyertai Perodua Eco-Challenge Race 2009, yang akan berlangsung di Speedway Plus Circuit, Subang, Selangor pada 21 Jun 2009 yang lalu.

Selain kereta, turut disumbangkan adalah wang tunai RM10,000 yang akan digunakan bagi tujuan mencipta satu kaedah penjimatan petrol yang baharu bagi mengurangkan pengggunaan bahan api/petrol.

Perodua, Echo-Challenge merupakan satu pertandingan bagi menguji keupayaan kejuruteraan peserta dan menyemarakkan lagi pembangunan teknologi baharu.

Kesemua kereta diberikan kepada institusi-institusi yang terlibat dengan proses undian sambil disaksikan oleh hadirin yang hadir.