MyGift - An Everlasting Gift

UMP Terima Bantuan Wang Zakat RM30,000 Untuk Pelajar Miskin

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima bantuan wang zakat RM30,000 dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk kemudahan pelajar UMP yang mempunyai masalah beban kewangan dalam pengajian.

UMP diwakili oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Mohd. Ridzuan Nordin menerima bantuan sumbangan zakat bernilai RM 30,000 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Perhubungan Strategik BIMB, Dato' Wan Ismail Wan Yusoh dengan diiringi Pengurus Perniagan Pelanggan Wilayah Timur, Azmi Abdullah dalam satu majlis ringkas di Dewan Bankuet Canseleri UMP Kampus Gambang pada 17 Februari 2010 yang lalu.

Sumbangan bantuan wang zakat ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk menampung keperluan pembelajaran mereka dan meringankan beban keluarga.