MyGift - An Everlasting Gift

UMP sumbang 400 buah buku galak budaya membaca

Lebih 400 buah buku ilmiah dan buku latihan (latih tubi) disumbangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Jaya Gading bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda sempena pelancaran Program Bank Buku anjuran Persatuan Mahasiswa Improsh dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi (FKPPT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan pada 18 Oktober 2010 yang lalu di Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang.

Buku-buku yang dikumpul ini adalah hasil sumbangan mahasiswa dan staf UMP menerusi konsep derma-kumpul-derma yang dilaksanakan sejak bulan September lalu.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha jitu UMP dalam menggalakkan masyarakat membaca terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah bagi membudayakan tabiat membaca sebagai rutin harian mereka.

Sikap rajin membaca bukan saja dapat menambahkan ilmu pengetahuan, malah dapat memperbaiki masalah penggunaan bahasa ketika berkomunikasi.