MyGift - An Everlasting Gift

Laboratory/Facilities

Endowmen Tajaan Makmal / Kemudahan

Endowmen ini diwujudkan bagi membiayai kos pembinaan dan peralatan saintifik seperti membangunkan makmal atau menaja makmal yang sedia ada. Tabung Endowmen ini juga bertujuan agar lebih ramai mahasiswa dapat menikmati kemudahan yang disediakan, selain menyediakan pelbagai prasarana untuk merancakkan aktiviti akademik di universiti seperti makmal termaju dan geran penyelidikan.

Syarikat korporat dan pihak industri boleh memilih mana-mana makmal yang dikenal pasti untuk ditaja. Makmal yang ditaja akan dinamakan dengan nama individu atau syarikat korporat yang terlibat bagi menghargai peranan dan sumbangannya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diberikan.