MyGift - An Everlasting Gift

Insentif Pendidikan

Skim Bantuan Insentif Pendidikan bernilai RM1,000 diperkenalkan pada tahun 2016 menerusi dana MyGift kepada mahasiswa baharu yang menghadapi masalah kewangan bagi menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Skim bantuan ini serba sedikit membantu mahasiswa yang memerlukan untuk membayar yuran dan menampung wang saku bagi perbelanjaan di UMP.

Bantuan ini akan disaring pada peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) supaya hanya mahasiswa yang benar-benar layak sahaja yang mendapat manfaat sepenuhnya. Sekiranya tuan/puan mempunyai maklumat mengenai rakan/jiran yang mempunyai masalah bagi menyambung pembelajaran di UMP, tuan/puan boleh menghubungi Unit Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan bantuan pada talian berikut:

Puan Norkamalia binti Arbain
Tel: 09-549 2543

Puan Azlina binti Abdul Mubin
Tel: 09-549 2567